top of page

LATAR BELAKANG PENGASAS

Nama    : Nourasmah binti Mat Nawi

Alamat  : No 4 Rumah Awam,

                Pelagat 3 Seberang Jerteh,

                22000 Jerteh, Besut Terengganu.

No. H/P : 017-9510227

Facebook  : Nour Nawi

Instagram : nournawi

NourNawi Homemade Bakery masih baharu di alam perniagaan. Mula beroperasi sekitar Jun 2015 oleh Puan Nourasmah binti Mat Nawi. Puan Nourasmah menetap di Jerteh, Terengganu dan mengendalikan perniagaan kek ini di rumahnya sendiri. Dengan nama NourNawi Homemade Bakery, beliau semakin popular dari hari ke hari oleh rakan-rakannya dan para pelanggan. NourNawi Homemade Bakery memulakan perniagaannya dengan menjual pelbagai jenis kek, pastri, brownies dan cupcakes serta biskut. Perniagaan ini dimulakan dengan Puan Nourasmah itu sendiri dengan sokongan dari ahli keluarga, suami dan anak, serta rakan-rakan seperniagaan. Pada mulanya, Puan Nourasmah tidak mempunyai hasrat untuk membuat perniagaan kek ini tetapi apabila dia mencuba pelbagai jenis kek, rakan-rakannya mula mencadangkan supaya beliau menjual kek tersebut kerana rasanya yang sedap.
Sebelum ini, Puan Nourasmah telah mempelajari cara dan resipi membuat kek dan biskut dengan hanya menghadiri kelas kek yang diadakan di Mini RTC Kelantan dan juga di Pasir Puteh. Kelas tersebut dianjurkan adalah untuk individu yang berminat dalam masakan dan mempelajari resipi baharu. Tambahan pula, Puan Nourasmah dan keluarganya amat menyukai kek. Bermula dari situ, beliau mempelajari bagaimana untuk membuat pelbagai jenis kek melalui resipi yang dipelajari dari kelas tersebut dan juga di Internet.
Berbekalkan modal lebih kurang RM2300, beliau telah berjaya memulakan perniagaan ini. NourNawi Homemade Bakery telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran KT0262125-M.

© 2016 by Nurul Najwa.Fatin Farhana.Emma Suhaila. Proudly created with Wix.com

bottom of page